Kursus Pembinaan Blog Pusat Sumber Sekolah



Laporan Kursus Pembinaan Blog Pusat Sumber Sekolah

Pada 26 dan 27 September 2012, guru perpustakaan dan media SOKESTO telah menghadiri satu kursus anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu di PKG Permaisuri. Kursus atau bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan GPM kepada asas pembinaan blog pusat sumber sekolah.


Peserta telah didedahkan dengan cara-cara pembinaan blog PSS menggunakan Blogger, iaitu satu servis Blog oleh Google.




Selamat Datang

BLOG INI DALAM PROSES PEMBINAAN
Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu murid - murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan bahan pembelajaran agar mereka tidak hanya bergantung kepada buku-buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK SG TONG  dan perkongsian ilmu. Semoga Pusat Sumber SK SG TONG terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam... .


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012