INFO PSS


Lokasi PSS
Pelan

Visi Pusat Sumber
PSS sebagai sumber utama dalam semua bidang ilmu di sekolah.

Misi PSS SK SUNGAI TONG 
Berusaha untuk mewujudkan sekolah yang melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sejarah Penubuhan Pusat Sumber SK SUNGAI TONG
  • SK SUNGAI TONG ditubuhkan pada tahun 1965.
  • Pada tahun 1997 bilik khusus PSS SKST diwujudkan dengan pembinaan bangunan dua tingkat yang baru.
  • Pada tahun 1999 perubahan dilakukan terhadap PSS dengan pemberatan kepada mengemaskinikan keceriaan dalaman dan perekodan.
   
Piagam PSS

Kami warga Pusat Sumber dengan janji ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya berhasrat secara berterusan akan :          
  • Memastikan penggunan mendapat tempat dan ruang yang selesa dan mencukupi.
  • Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan bantu yang terkini dan berkeadaan baik dengan segera.
  • Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan mencukupi untuk keperluan atau kegunaan pengguna.
  • Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga sekolah.
  • Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi pendidikan kepada pengguna dari semasa ke semasa.
  • Memberi khidmat, layanan mesra, bersopan dan sentiasa peka kepada masalah pengguna.
  • Menyediakan kemudahan dan menentukan kaedah tempahan penggunaan PSS kepada pengguna.
  • Membantu memupuk tabiat pembelajaran kendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik. 
Matlamat PSS
Antara matlamat Pusat Sumber SOKESTO ialah :
i.           Mempertingkatkan mutu pendidikan
ii.        Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu membina sahsiah guru-guru.
iii.       Membantu golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk membantu prmbinaan sahsiah pelajar itu sendiri
iv.        Merapatkan jurang perbezaan antara kemudahan pendidikan sekolah luar bandar dengan sekolah di bandar.

Objektif PSS
Antara objektif Pusat Sumber SOKESTO ialah :
1.         PSS sebagai tempat mengumpul, menyimpan serta mengedarkan pelbagai maklumat.
2.         Dapat mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi pencapaian akademik dikalangan pelajar-pelajarnya.
3.         Menggalakkan pelajar-pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah menggunakan pelbagai kemudahan-kemudahan pembelajaran supaya mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi hasilnya dari kajian dan pembacaan yang tidak ditumpukan kepada buku teks semata-mata.
4.         Dapat membantu memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
5.         Tempat untuk menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan/ bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
6.         Pusat Sumber Sekolah juga harus berupaya memberi pandangan dan cadangan untuk melaksanakan kurikulum sekolah dengan berkesan.
7.         Berperanan melatih pelajar-pelajar supaya dapat menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran mereka.

Fungsi dan Peranan PSS 
1.         Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum.
2.      Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3.         Merupakan tempat penyimpanan bahan p&p untuk digunakan dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.
4.        Memberi panduan dalam mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dngan keperluan kurikulum.
5.         Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi-agensi lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
6.         Menggalak dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
7.         Menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran belajar secara pembelajaran kendiri.
8.         Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
9.        Membuat perancangan supaya koleksi bahan selaras dengan keperluan semasa serta terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
10.      Menyediakan rakam-salin serta memberi perkhidmatan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Tiada ulasan:


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012